Cuaca di Beijing pada Pertengahan Bulan Mei |
Soalan daripada Suraini: Saya akan keBeijing pada minggu depan 16/5/2011 iaitu musim bunga. tahap suhu 16 dan katanya sejuk. adakah terlalu sejuk sbb saya ingin membawa pakaian yg bersesuaian. lgpun saya seorang yg tidak tahan sejuk.boleh beri sedikit info kpd saya. Terima kasih. Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi menulis. Untuk menjawab pertanyaan saudara, suhu di Beijing pada hari ini (11 Mei 2011) ialah 28 darjah hingga 14 darjah Celsius. Dengan ini, saudara boleh pakai kemeja T pendek pada tengah hari, dan waktu malam, saudara boleh tambah sehelai baju jacket lipis. Cuaca di Beijing pada 16 Mei lebih kurang sama seperti ini juga. Sekian, terima kasih. Salam mesra dari Beijing, |