Cuaca di Guangzhou pada Bulan November |
Pertanyaan daripada Ila: Salam. Pada 21 nov 2011 ni saya akan bercuti ke guangzhou, adakah cuaca di guangzhou pd masa itu mengalami musim sejuk, dan adakah guangzhou mengalami musim salji, kalo ada bln brpa, tq. Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi menulis. Untuk menjawab pertanyaan saudara, cuaca di Guangzhou pada bulan November agak selera, suhu udara tidak tinggi dan tidak rendah (pakai kemeja T atau jacket tipis sudah cukup). Untuk makluman saudara, Sukan Asia ke-16 diadakan di Guangzhou pada 12-27 November tahun lalu. Dengan ini, saudara boleh memahami cuaca pada waktu itu agak sesuai untuk bersukan dan juga melancong. Guangzhou tidak mengalami musim salji. Sekian, terima kasih. Salam dari Beijing, |