Cuaca di Beijing pada Penghujung Bulan Mei |
Salam.. saya dan keluarga akan ke beijing pada 23/5/2011 hingga 28/5/2011..ada dua soalan yang ingin saya ajukan: 1) adakah ketika keberadaan saya di sana suhu masih sama seperti jawapan yang anda berikan kepada suraini? ini kerana sy ingin membawa pakaian yang bersesuaian..jika tidak perlu,saya tidak ingin membawa pakaian yang tebal-tebal. 2) bagaimana sistem komunikasi di beijing? saya pernah ke indonesia dan saya membeli sim pack nombor indonesia kerana charge untuk berhubung dgn keluarga di malaysia lebih murah.adekah saya perlu membuat perkara yang sama juga ketika di beijing? terima kasih! Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi menulis. Untuk menjawab pertanyaan saudara, suhu di Beijing pada penghujung bulan Mei lebih kurang sama dengan sekarang, iaitu antara 15 darjah Selcius (waktu malam) hingga 27 darjah Selcius (waktu tengah hari), malah lebih tinggi sikit kerana sudah mendekati musim panas. Saudara tak perlu membawa baju yang tebal, jacket tipis sudah cukup. Tentang sistem komunikasi di Beijing, kos panggilan dari Beijing ke Malaysia ialah 8 yuan setiap minit, hampir 4 ringgit seminit, agak mahal. Sekian, terima kasih. Salam dari Beijing, |