Pertanyaan tentang Suhu di Beijing pada Penghujung Mei

ASSALAMUALAIKUM! Saya akan melancong ke Beijing pada 28 Mei - 2 Jun 2011. Adakah suhu pada masa itu sama seperti di Malaysia, panas?
daripada HALIMAH MOHAMED SAID

Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi menulis. Untuk menjawab pertanyaan saudara, suhu di Beijing pada penghujung bulan Mei hingga awal bulan Jun adalah antara 15 darjah Selcius (waktu malam) hingga 30 darjah Selcius (waktu tengah hari). Suhunya lebih kurang sama dengan di Malaysia, cuma waktu malam sejuk sikit.

Salam dari Beijing,
Bahagian Bahasa Melayu CRI

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040