Etnik Dongxiang
2011-10-11 17:54:59 CRI

Etnik Dongxiang berjumlah lebih 370 ribu orang, dan kebanyakan mereka menetap di Kaunti Autonomi Etnik Dongxiang Provinsi Gansu, Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia dan Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang. Etnik Dongxiang juga dikenali sebagai "dongxiang Huihui" atau "Dongxiang Mongol", setelah China baru ditubuhkan pada tahun 1949, etnik itu secara rasmi dipanggil etnik Dongxiang. Bahasa etnik Dongxiang hampir sama dengan bahasa Mongol tetapi tidak mempunyai tulisan sendiri. Penduduk etnik itu boleh bertutur bahasa Mandarin.

Kawasan kediaman etnik Dongxiang ialah kawasan pergunungan yang merupakan kawasan pengeluar kentang dan buah pic yang sedap.

Agama dan adat resam etnik Dongxiang hampir sama dengan etnik-etnik beragama Islam yang lain di kawasan barat laut China. Lagu rakyat dan epik etnik itu sangat terkenal. Pada musim gugur setiap tahun, penduduk etnik itu sering mengadakan aktiviti hiburan.

Adat resam perkahwinan etnik Dongxiang telah dipengaruhi dengan kebudayaan dan peraturan agama Islam. Bakal pengantin tidak boleh berjumpa sebelum menikah, dan calon pengantin ditentukan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa pihak lelaki akan mewakilkan telangkai menziarahi ibu bapa pihak perempuan, kalau sudah mendapat persetujuan, ibu bapa pihak lelaki akan menghantar hadiah seperti teh dan pakaian ke rumah pihak perempuan sebagai hadiah pertunangan.

Setelah itu, keluarga pihak lelaki bersama-sama sahabat dan telangkai akan menghantar hadiah pertunangan yang rasmi ke rumah pihak perempuan, antaranya termasuk teh, gula merah, kuih-kuih, pakaian, barang hiasan dan lain-lain, kedua-dua pihak keluarga juga akan berbincang tentang mas kahwin dan wang belanja perkahwinan, jumlah wang itu akan ditentukan berdasarkan kemampuan keluarga pihak lelaki dan disaksikan oleh imam. Dalam peraturan agama Islam, bakal suami perlu menyediakan mas kahwin kepada perempuan. Mengikut adat resam etnik Dongxiang, setelah upacara itu berakhir, imam akan melempar kurma dan walnut kepada para hadirin.

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki dan keluarganya berkunjung ke rumah pihak perempuan untuk menjemputnya ke rumah mereka. Ucapan angkat nikah akan diadakan dan dilakukan oleh imam.

Di depan pintu rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan diiringi saudara pengantin lelaki masuk ke rumah pengantin lelaki. Semua hadirin menyanyi lagu mengucapkan tahniah, lagu tahniah biasanya menggambarkan pengantin lelaki sangat kacak, pengantin perempuan sangat cantik, suami isteri akan setia sehidup semati.

Penduduk etnik Dongxiang sangat mesra melayan tetamu. Menghidangkan lauk ayam ialah adat resam penduduk etnik itu. Penduduk etnik Dongxiang membahagikan seekor ayam kepada 13 bahagian. Hidangan lauk bahagian apa ayam itu akan dimakan oleh tetamu tergantung kepada pangkatnya. Sayap ialah bahagian ayam paling penting dan biasanya dihidangkan kepada tetamu kehormat atau orang tua yang disegani.

Menghidangkan lauk daging kambing juga menjadi kemestian yang penting bagi penduduk etnik Dongxiang melayan tetamu kehormat. Pelbagai bahagian seekor kambing akan dihidangkan satu demi satu untuk para tetamu.

Pada musim sejuk, beberapa orang kawan penduduk etnik Dongxiang akan bertemu, mereka sambil memakan daging kambing sambil berbual-bual. Khabarnya, adat resam itu diwarisi daripada nenek moyang etnik Dongxiang pada zaman dahulu.

Etnik Dongxiang mempunyai banyak jenis aktiviti hiburan dan riadah, aktiviti itu biasanya diadakan pada musim sejuk dan awal musim bunga semasa penduduk etnik itu tidak begitu sibuk bekerja.

"Gugudu" merupakan aktiviti yang popular di kalangan pemuda etnik Dongxiang, peserta aktiviti itu dibahagian kepada dua pasukan, mereka menggunakan tongkat sepanjang 5 sentimeter memukul sebiji bola kayu yang besarnya seperti sebiji telur ayam. Peserta yang berjaya memukul bola itu ke lokasi yang ditentukan akan diisytihar menang. Aktiviti itu sangat popular di kalangan etnik Dongxiang.

Pesta obor merupakan aktiviti yang penting bagi etnik Dongxiang. Perayaan itu disambut pada 15 Januari Tahun Imlek. Apabila menjelang maghrib hari itu, pemuda-pemudi di pelbagai kampung akan menyalakan dan membawa obor berjalan kaki ke ladang, orang tua dan suri rumah menyaksikan barisan pembawa obor dari kampung masing-masing, pemandangan upacara itu sangat meriah dan melambangkan kemakmuran pada tahun akan datang.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China