Etnik Hui
2011-10-11 17:57:04 CRI

Lawatan ke Kampung Najiaying pada Waktu Senja

Etnik Hui adalah salah satu etnik minoriti yang teramai di China. Berdasarkan banci pada tahun 1990, penduduk etnik itu berjumlah lebih 8.6 juta orang, menduduk tempat ke-4 teramai antara etnik-etnik minoriti di China.

Kawasan penempatan penduduk etnik Hui sangat luas, hampir semua kawasan di China terdapat penduduk etnik itu. Penduduk etnik Hui tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Provinsi Gansu, Qinghai, Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang, Provinsi Henan, Hebei, Shangdong dan Yunnan. Penduduk etnik Hui biasanya tinggal secara berkelompok di kawasan yang terdapat masjid.

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia mempunyai jumlah penduduk etnik Hui yang paling ramai, wilayah itu dikenali sebagai kampung halaman etnik Hui. Pemandangan di wilayah itu sangat indah, terdapat hutan hijau dan padang pasir yang luas. Sungai Kuning yang didikenali sebagai sungai ibunda di China melalui wilayah itu. Penduduk etnik Hui bersama-sama penduduk etnik lain rajin bekerja dan menjadikan wilayah itu sangat makmur.

Oleh sebab kawasan kediaman etnik Hui sangat luas, penduduk etnik itu di pelbagai tempat juga bekerja dalam bidang yang berlainan. Penduduk etnik Hui di Gansu, Qinghai dan Ningxia lebih mengutamakan sektor pertanian, dan penternakan, penduduk etnik itu di Xinjiang dan Mongolia Dalam lebih mengutamakan penternakan, penduduk etnik itu di Henan, Hebei dan Shandong selain bekerja dalam sektor pertanian, juga pandai berniaga, penduduk etnik itu di pelbagai daerah di bahagian barat daya China mencemburkan diri dalam sektor pertanian, perniagaan dan pengangkutan, penduduk etnik Hui di Provinsi Hainan bekerja dalam sektor perkapalan dan perikanan.

Oleh sebab kawasan kediaman etnik Hui di China sangat luas, penduduk etnik itu biasanya tinggal berjiran dengan penduduk etnik lain di pelbagai tempat. Misalnya, penduduk etnik Hui di Xinjiang dan Mongolia Dalam biasanya tinggal berjiran dengan penduduk etnik Vygur, Kazak dan Mongol, di Tibet mereka tinggal berjiran dengan penduduk etnik Tibet. Penduduk Etnik Hui hidup aman sentosa bersama-sama penduduk pelbagai etnik lain di merata tempat di China, mereka saling mempelajari dan berkembang maju bersama-sama.

Penduduk etnik Hui menggunakan bahasa Mandarin, bahasa itu telah memainkan peranan penting untuk meningkatkan taraf ekonomi dan kebudayaan etnik itu. Di samping itu, penduduk etnik Hui yang tinggal di pelbagai tempat China juga fasih bahasa etnik lain di kawasan itu. Misalnya, penduduk etnik Hui di Xishuangbanna Yunnan bukan sahaja fasih bahasa Dai, juga memakai pakaian tradisional etnik Dai dan tinggal di rumah berbentuk senibina tradisional etnik Dai, penduduk etnik Hui di Tibet juga mahir bertutur dalam bahasa Tibet.

Etnik Hui di merata tempat di China beragama Islam. Agama Islam telah memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan adat resam etnik itu dan menjadi sebahagian penting dalam kebudayaan tradisional etnik Hui.

Kalau penduduk etnik Hui berhijrah ke suatu tempat yang lain, mereka akan tinggal secara berkelompok dan membina sebuah kampung, setelah membina sebuah masjid, penduduk etnik itu biasanya tinggal di sekeliling masjid tersebut. Masjid yang dibina oleh etnik itu sangat terkenal dalam sejarah pembinaan China dan merupakan sebahagian penting dalam warisan budaya bangsa China.

Walaupun kewujudan etnik Hui agak lewat dalam sejarah tamadun China, tetapi etnik itu sangat makmur dan maju dan telah memberi sumbangan yang besar terhadap tamadun China.

Semasa etnik Hui baru wujud pada zaman Dinasti Yuan, penduduk etnik itu tidak mempunyai kawasan kediaman yang tetap. Penduduk etnik itu rajin bekerja dan berjaya meneroka tanah tandus yang luas di kawasan sempadan.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China