Masjid Muslimat terletak bersebelahan dengan Masjid Xiaotaoyuan Shanghai. Ia merupakan tempat bersolat khusus untuk wanita Islam.
Masjid Muslimat khusus bagi wanita Islam wujud pertama kali di China pada abad ke-20. Masjid muslimat boleh dibina di suatu tempat berasingan, juga boleh berhampiran dengan masjid yang besar. Pengurus masjid muslimat juga adalah wanita. Mereka amat dihormati ramai dan sentiasa dipanggil "Shiniang" dalam bahasa Mandarin.