Masjid Pudong, Shanghai
2011-10-27 13:56:21 CRI

Masjid Pudong terletak di No. 375 Jalan Yuanshen, Daerah Pudongxinqu, Shanghai. Masjid tersebut dibina pada tahun 1935 dan asal masjid tersebut di Jalan Dongchang, merupakan salah satu kawasan kediaman penduduk Islam di Shanghai. Masjid Pudong telah diperbaiki dan diubahsuai oleh Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Shanghai pada tahun 1984 dan dibuka semula kepada umum pada tahun 1985.

Menurut rancangan pembinaan Daerah Pudong, Masjid Pudong dibina semula di tempat sekarang, iaitu No.375 Jalan Yuanshen pada tahun 1995. Keluasan masjid yang baru itu mencapai 1,650 meter persegi. Menara masjid tersebut setinggi 36 meter yang merupakan menara paling tinggi antara semua masjid di Shanghai.

Masjid Pudong yang direka bentuk oleh Akademi Reka Bentuk Pembinaan Bandar Shanghai penuh dengan seni bina Arab. Masjid tersebut mempunyai tiga tingkat. Tingkat pertama merupakan kawasan kerja kakitangan masjid termasuk pejabat Imam dan bilik mesyuarat. Manakala, tingkat kedua disediakan sebagai dewan sembahyang. Pada asalnya, tingkat ketiga dijadikan perpustakaan. Ketika ini dewan di tingkat ketiga itu sedang diubahsuai untuk membina sebuah lagi dewan sembahyang bagi menambung lebih ramai jemaah

Dewan sembahyang yang luas dan terang di tingkat kedua masjid Pudong.

Tempat mengambil wuduk disediakan di tingkat pertama.

Guo Zhizhong, Imam Masjid Pudong.

Imam Masjid Pudong, Guo Zhizhong menerangkan mengenai projek membaiki masjid yang sedang dijalankan agar strukturnya lebih rasional dan lebih memenuhi keperluan umat Islam yang berkunjung ke situ. Imam Guo pula pada masa lapangnya mengajar ramai sukarelawan bertutur bahasa Arab yang dapat membantu mereka membuat persiapan dengan lebih sempurna ketika berkhidmat semasa Ekspo Dunia 2010 di Shanghai.

Ekspo Dunia Shanghai akan diadakan tidak lama lagi. Dewan pameran yang akan siap dibina terletak di kedua-dua belah tebing Sungai Huangpu. Pudong, kawasan dibahagian timur Shanghai, sebagai kawasan kewangan yang baru selepas pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di Shanghai, sedang berkembang pesat. Masjid Pudong terletak di kawasan tersebut yang merupakan kawasan yang tenang.

Ramai warga asing yang beragama Islam seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Pakistan, India dan beberapa negara Arab lain bersolat di masjid itu kerana kedudukannya tidak jauh daripada kawasan pembinaan taman ekspo dunia dan kawasan pusat kewangan Lujiazui di Pudong.

Panduan Perjalanan ke Masjid Putong:

Masjid Pudong, Shanghai

Add: No. 375 Jalan Yuanshen, Daerah Pudongxinqu, Shanghai

Tel: 021-50540416

Poskod: 200120

Bas yang melalui Masjid Pudong termasuk:

No. 961 (stesen Jalan Yuanshen)

No. 584, 775 (stesen Jalan Zhangyang Jalan Yuanshen)

Subway:

Subway Line 6 (stesen Stadium Yuanshen)

Peta Laluan Subway di Shanghai

Tips: Subway merupakan pengangkutan yang paling mudah dan cepat untuk sampai ke Masjid Pudong. Anda boleh menaiki Subway Line 6 sampai ke stesen Stadium Yuanshen dan keluar dari pintu 4. Kemudian terus berjalan kaki ke arah utara di Jalan Yuanshen sejauh lebih 300 meter. Masjid Pudong terletak di timur jalan itu.

Subway di Shanghai berkembang maju. Sembilan buah line subway yang terdapat di Shanghai memudahkan kita untuk berpindah dari satu line ke line yang lain.

Dalam perjalanan anda ke Masjid Pudong, anda boleh melihat sekelompok bangunan tradisional China, iaitu Istana Qinciyangdian yang terletak di seberang jalan bersetentangan dengan Masjid Pudong. Ia merupakan sebuah kuil agama Taoism.

Istana Qinciyangdian, kuil agama Taoism.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China