Masjid Huxi, Shanghai
2011-10-27 14:04:42 CRI

Masjid Huxi terletak di No.3 Lorong 1328 Jalan Changde, Shanghai. Nama asalnya ialah Masjid Yaoshuinong. Sebelum pembentukan Republik Rakyat China, kaum Muslim dari Hubei, Shandong, Henan dan Anhui sudah lama tinggal di tempat ini. Mereka menyewa beberapa bilik untuk dijadikan sebagai "surau" bagi memenuhi keperluan para penduduk Islam. Dengan bantuan ramai tokoh agama Islam dan masyarakat, sebuah masjid telah siap dibina pada tahun 1922, iaitu Masjid Yaoshuinong. Masjid Yaoshuinong yang sudah tua dan kemudahannya yang serba kekurangan bagi memenuhi keperluan umat Muslim yang semakin ramai bilangannya di Shanghai, masjid tersebut telah diperbaiki dan diubahsuai pada tahun 1991 dan diubah namanya menjadi Masjid Huxi.

Reka bentuk masjid tersebut menggunakan seni bina Arab dan keseluruhan bangunannya berwarna putih yang amat menonjol di antara bangunan-bangunan kediaman penduduk sekitarnya. Masjid Huxi merupakan masjid yang pertama dibina semula di Shanghai selepas Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949. Kerajaan Shanghai, Jawatankuasa Hal Ehwal Etnik dan Agama Shanghai, Persatuan Islam Shanghai dan masyarakat Islam sama ada dari dalam maupun luar negara telah memberi perhatian dan sokongan yang besar terhadap pembinaan semula masjid tersebut. Lebih 2.4 juta yuan RMB sumbangan yang telah dapat dikumpulkan untuk pembinaan semula masjid tersebut.

Tadika Huimin yang khusus untuk mendidik kanak-kanak dari keluarga orang Islam terletak berjiran dengan Masjid Huxi.

Suasana persekitaran Masjid Huxin ini sunyi dan selesa. Kemudahan yang terdapat di sini sempurna yang boleh memenuhi keperluan orang ramai. Bilik ini bukan sahaja menjadi tempat bermesyuarat, malah dianggap sebagai "perpustakaan" untuk para jemaah.

Bilik yang terletak di sudut hujung ke arah baratdaya di tingkat kedua masjid ini merupakan Pejabat Imam Besar.

Jin Hongwei, Imam Masjid Huxi yang juga Naib Ketua Persatuan Islam Shanghai. Beliau menjadi Imam Masjid Huxi sejak tahun 2003.

Walaupun Imam Jin Hongwei sibuk dengan urusan harian dan keagamaan di masjid ini, beliau yang rajin belajar terus mendalami ilmu keagamaan dengan menggunakan masa lapangnya. Beliau sudah berjaya menerbitkan dua buah buku, iaitu "Khutbah yang selaras dengan situasi masa kini" dan "Buku Harian Kepercayaan". "Buku Harian Kepercayaan" yang mencatat perasaan dan pandangan beliau semasa beliau menunaikan fardu haji di Mekah.


1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China