Masjid Barat Sajinqiao, Xi'an
2011-10-27 12:52:20 CRI

Tapak letaknya Masjid Barat Sajinqiao Xi'an adalah sebuah kuil agama Buddha pada asalnya. Ia diubahsuai menjadi sebuah sekolah rendah untuk penduduk etnik Hui tempatan pada zaman Dinasti Qing semasa pemerintahan Maharaja Guangxu, iaitu tahun 1877 Masihi. Pada tahun 1927, sekolah tersebut diubahsuai menjadi masjid, iaitu Masjid Barat Sajinqiao sekarang ini.

Masjid tersebut terletak di persimpanan jalan Sajinqiao dengan Jalan Miaohoujie yang merupakan kawasan sibuk di pusat bandar. Beberapa bangunan masjid tersebut seperti gerbang pintu dan halaman masih mengekalkan seni bina tradisional China, manakala dewan sembahyang dibina semula menurut seni bina Arab.

>>Panduan Jalan ke Masjid Barat Sajinqiao, Xi'an:

Dari Gerbang Gendang, tanda mercu bandar Xi'an mengikut Jalan Barat Besar (Jalan Xidajie) menuju ke arah barat, kira-kira satu kilometer, sampai persimpangan jalan. Jalan di sebelah kanan kita ialah Jalan Damaishijie. Kita terus berjalan kira-kira 400 meter mengikut Jalan tersebut sehingga melihat pintu masuk Masjid Barat Sajinqiao di sebelah kiri.

Bus No.218、612 (Stesen Gulou "bermaksud gerbang gendang")

 

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China