Masjid Beiguangjijie, Xi'an
2011-10-27 12:52:21 CRI

Masjid Beiguangjijie yang juga dikenali sebagai "Masjid Kecil" terletak di Jalan Beiguangjijie, daerah Lianhu, bandar Xi'an. Katanya masjid tersebut dibina pada akhir zaman Dinasti Ming, iaitu kira-kira tahun 1600 Masihi. Masjid ini dekat dengan Masjid Besar Xi'an, tetapi skalanya jauh lebih kecil daripada Masjid Besar.

Menurut catatan sejarah, bangunan utama masjid tersebut termasuk dewan sembahyang pernah dibina semula pada zaman Dinasti Qing ketika pemerintahan Maharaja Qianlong, iaitu 1769 Masihi. Dewan sembahyang masjid ini dibina menurut seni bina tradisional China. Ukiran yang halus dapat dilihat pada dinding dewan sembahyang masjid tersebut. Selain itu, menara azan yang bertingkat dua merupakan bangunan paling menarik Masjid Beiguangjijie. Menara tersebut dibina dengan kayu dan batu bata. Tingginya kira-kira 13 meter.


1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China