Masjid Nancheng, Xi'an
2011-10-27 13:36:42 CRI

Orang Islam di Xi'an bukan sahaja tinggal di kawasan sekitar Jalan Xidajie yang merupakan kawasan kediaman etnik Hui yang beragama Islam di bandar Xi'an, juga tinggal menetap di kawasan Lorong Dongcang, bahagian selatan kota kuno Xi'an. Jadi, lorong tersebut juga dikenali sebagai "Lorong Huihui" yang bermaksud lorong kediaman etnik Hui.

Kononnya, masjid ini dibina pada zaman Dinasti Yuan (1271 hingga 1368 Masihi), namun masa pembinaan masjid tersebut belum didapati dalam catatan buku sejarah.

Pintu masuk masjid tersebut dibina pada selatan halaman masjid. Terdapat tembok pengadang di antara pintu masuk dengan gerbang masjid tersebut. Oleh sebab tembok pengadang itu merupakan artifak yang berharga, jadi ia telah dilindungi oleh pagar besi.

Setelah melalui gerbang di belakang tembok pengadang, kita boleh melihat sebuah menara azan yang bertingkat dua di sebelah kanan. Masjid Nancheng, Xi'an memperlihatkan seni bina tradisional China. Masjid ini tidak berapa besar berbanding dengan masjid-masjid lain di Xi'an, namun semua kemudahan yang diperlukan untuk para jemaah adalah sempurna.

Iman besar masjid tersebut, Ma Chuanzhen merupakan tokoh Islam yang termasyhur. Beliau dilahirkan pada tahun 1903 dan meninggal dunia pada tahun 1948. Beliau mempelajari ajaran Islam dan ilmu agama daripada Hu Dengzhou, tokoh Islam terkemuka dalam aspek ajaran agama.

Add: No.6, Lorong Xiwudaoxiang, Jalan Heping, Daerah Beilin, Xi'an

Tel: +86-29-87516884

>>Panduan Jalan ke Masjid Nancheng, Xi'an:

Bus No.7、14、20、25、30、40、607、704、You6 (Stesen Bank Huaxia di Jalan Heping)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China