Masjid Lorong Xicang, Xi'an
2011-10-27 13:36:46 CRI

Dari Jalan Miaohou, sebuah jalan utama dalam kawasan kediaman etnik Hui yang beragama Islam di bandar Xi'an, berjalan kaki ke arah utara hingga sebuah lorong yang dikenali Lorong Xicang. Lorong tersebut diberikan nama itu disebabkan gudang beras pernah dibina dalam lorong tersebut pada zaman Dinasti Qing dan gudang dalam bahasa Mandarin ialah "cang".

Masjid Xicang yang merupakan masjid paling muda di bandar Xi'an ini terletak di lorong tersebut. Masjid yang bertingkat empat itu siap dibina pada 1 April, 2003.

Pada masa bukan hujung minggu, lorong tersebut jauh daripada kebisingan. Namun, sekirangnya tibalah hari Khamis dan Ahad, lorong tersebut akan dipenuhi orang sebab pasar yang sentiasa diadakan pada kedua-dua hari itu.

Add: Lorong Xicang, Daerah Lianhu, bandar Xi'an

Tel: +86-29-87320298

>>Panduan Jalan ke Lorong Xicang, Xi'an

Bus No.10、28、103、303、606 (Stesen Sajinqiao)

Bus No. 118、235、506、714 (Stesen Honghujie)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China