Masjid Besar Lhasa Tibetâ… 
2011-11-10 13:25:26 CRI

Masjid Besar Lhasa Tibet merupakan masjid yang paling besar di Tibet setakat ini. Ia dibina pada abad ke-10 Masihi dan telah diperbaiki beberapa kali selepas itu. Aktiviti agama dapat dilakukan dengan lebih sempurna selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan penduduk orang Islam, kerajaan di pelbagai peringkat dan badan-badan berkenaan memberi perhatian sepenuhnya terhadap projek pembinaan semula masjid ini. Sekarang, keluasan pembinaan masjid tersebut telah mencapai lebih 1,160 meter persegi. Sebuah dewan sembahyang yang luas disediakan untuk menampung lebih ramai jemaah bersolat secara berjemaah. Sebanyak 250 hingga 300 orang jemaah Islam datang ke masjid tersebut untuk bersolat pada hari-hari biasa. Manakala, angka tersebut akan mencapai lebih 3,000 orang pada hari Jumaat.

Ya Gu, adalah Imam besar Masjid Besar Lhasa Tibet. Beliau dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang Islam di Tibet. Beliau fasih bertutur dalam bahasa Arab, Tibet dan Mandarin. Imam Ya Gu amat mesra ketika bertemu dengan para pengunjung ke masjid ini. Beliau memberitahu wartawan bahawa terdapat tujuh buah masjid di Tibet, antaranya lima buah masjid terletak di Lhasa. Menurut beliau, tujuh masjid ini sudah boleh memenuhi keperluan penduduk orang Islam di Tibet.

Sebuah kawasan kediaman penduduk orang Islam sudah pun wujud di sekeliling masjid tersebut. Banyak restoran makanan halal, orang yang memakai kopiah putih atau tudung kini boleh dilihat lalu lalang dalam kawasan ini.


1 2
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China