Masjid Kaunti Ju di Provinsi Shandong
2011-11-10 13:26:05 CRI

Masjid Kaunti Ju yang berusia lebih 150 tahun ini terletak di bahagian selatan kota Kaunti Ju, provinsi Shandong China. Pada tahun 1858 Masihi, umat Islam tempatan telah membina sebuah surau kecil yang menjadi tapak Masjid Kaunti Ju pada masa ini.

Beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan ekonomi di Kaunti Ju berkembang dengan pesat. Umat Islam dari kawasan-kawasan lain yang melawat dan berdagang di Kaunti Ju semakin ramai. Surau yang kecil sudah tidak dapat menampung begitu ramai umat Islam untuk beribadat.

Pada bulan Jun tahun 2008, Masjid Kaunti Ju telah dibina semula dengan bantuan pelbagai pihak termasuk 800 ribu yuan RMB yang disumbangkan oleh Agensi Penerbitan Persahabatan Jinnan, 500 ribu yuan RMB yang diperuntuk oleh kerajaan tempatan serta sedekah daripada umat Islam tempatan.

Bangunan baru Masjid Kaunti Ju bercirikan seni bina Arab. kota "masjid" yang digantung di depan pintu ditulis oleh Bekas Ketua Pengarah Jawatankuasa Hal-Ehwal Etnik merangkap Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Agama Provinsi Shandong, Yu Hongwen. Tulisan "Allahuakbar" yang digantung di depan pintu ruang sembahyang ditulis oleh Ding Wenfang, anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China,

Naib Presiden Persatuan Islam China, Pengerusi Persatuan Islam Shandong dan Bekas Canselor Universiti Jinan. Ruang sembahyang itu dapat menampung lebih 100 orang umat Islam solat berjemaah. Bilik kuliah selatan berhampiran dengan tempat wuduk. Bilik tetamu kenamaan, perpustakaan, jabatan pentadbiran masjid serta bilik imam terletak di bahagian utara.

Masjid Kaunti Ju disenaraikan sebagai tempat aktiviti agama yang cemerlang oleh Provinsi Shandong dan badan yang cemerlang dalam bidang perpaduan bangsa oleh Kaunti Ju.

Imam yang berkhidmat di Masjid Kaunti Ju pada masa ini, Ding Dequan juga menyandang jawatan sebagai anggota Persatuan Islam Provinsi Shandong, ahli Kongres Rakyat Bandar Rizhao dan anggota Jawatankuasa Kaunti Ju Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China