Masjid Xiawang yang terletak di perkampungan Islam Derah Daiyue, Bandar Taian Provinsi Shandong dibina pada tahun 1626 masihi dan luasnya 2,900 meter persegi. Lebih 3 ribu orang penduduk etnik Hui yang beragama Islam sejak turun-temurun tinggal secara berkelompok di kawasan yang berhampiran dengan masjid tersebut.
Menurut catatan sejarah yang tertulis di batu bertulis yang masih tersimpan dalam masjid tersebut, pada tahun 1626 masihi, tokoh Islam tempatan yang bernama Li Maoyou tidak mempunyai keturunan. Beliau telah menyumbangkan semua harta dan rumahnya untuk membina masjid, yang menjadi tapak Masjid Xiawang.
Ruang sembahyang masjid Xiawang telah dibaik pulih secara besar-besaran pada tahun 1734 masihi. Pada tahun 1864, masjid itu mengalami kerosakan dalam peperangan dan dibaik pulih pada tahun 1872 masihi. Di dalam pekarangan masjid banyak ditanam pokok sipres yang berusia, bangunan-bangunan bercirikan seni bina Arab. Suasana di situ amat tenteram dan selesa. Pada masa ini, masih terdapat banyak peninggalan sejarah seperti batu bertulis yang berusia di masjid tersebut.
Pada tahun 1980-an, Masjid Xiawang dibuka semula. Pada tahun 1991, kerajaan Bandar Taian menyediakan dana dan tanah seluas lebih 6 ribu meter persegi untuk membaik pulih dan memperluas Masjid Xiawang. Kerajaan Taian merancang untuk membangunkan masjid itu sebagai kawasan penempatan Islam yang terbesar di bandar tersebut. Pada tahun 2006, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat bandar. Pada awal bulan Oktober tahun 2009 pula, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat provinsi.
Masjid itu dipenuhi ramai umat Islam ketika solat Jumaat dan menyambut hari kebesaran Islam. Suasana sunggah meriah.
------Andika