Masjid Besar Datong di Provinsi Shanxi
2011-11-10 13:26:31 CRI

Di bahagian barat daya Datong, bandar lama di Provinsi Shanxi China, terdapat sebuah masjid yang bersejarah dan amat terkenal. Masjid itu merupakan satu-satunya masjid yang tercatat dalam buku 24 Sejarah, iaitu catatan sejarah yang rasmi di China.

Di dalam masjid itu, terdapat sebuah tugu yang diukir pada tahun 1546 masihi. Tugu itu juga merupakan satu-satunya tugu batu meteorit yang bertulis dalam bahasa Mandarin dan bahasa Arab di China.

Masjid Besar Datong dibina pada kira-kira tahun 1403 hingga 1424 masihi. Pintu masuk yang tersergam megah pada masa ini telah dibina pada tahun 1936 masihi.

Ruang sembahyang luasnya kira-kira 700 meter persegi. Terdapat sebatang pokok sophora dan sebatang pokok aprikot yang masing-masing berusia beratus-ratus tahun di sebelah kiri dan kanan ruang sembahyang.

Di belakang kawasan Masjid Besar Datong, terdapat ruang sembahyang untuk muslimah yang luasnya 694 meter persegi.

Pada asalnya, kawasan Masjid Besar Datong lebih luas lagi. Tetapi kemudian, sebahagian tempatnya telah digunakan untuk membuka sekolah rendah dan kedai Islam serta kediaman umat Islam tempatan. Pada tahun 2009, kerajaan telah membaik pulih dan memperluas masjid itu. Pada masa ini, kawasan masjid itu luasnya melebihi 10 ribu meter persegi.

Masih terdapat banyak peninggalan sejarah dan pusaka yang tersimpan di Masjid Besar Datong termasuk tugu peringatan, tugu edik diraja, barang tembikar yang berharga, al-Quran tulisan tangan pada pelbagai zaman serta kitab suci yang lain.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China