Masjid Jalan Changtong di Bandar Changchun
2011-11-10 13:26:32 CRI

Bandar Changchun yang berusia 200 tahun merupakan ibu kota Provinsi Jilin di bahagian timur laut China. Masjid Jalan Changtong yang terletak di kawasan Nanguan merupakan masjid yang tertua dan terbesar di bandar tersebut.

Pada zaman Maharaja Jia Qing Dinasti Qing (1796-1820 masihi), semakin ramai penduduk etnik Hui yang beragama Islam berhijrah dari kawasan pedalaman ke bandar Changchun. Pada tahun 1824 masihi, mereka mengumpulkan sedekah untuk membina sebuah masjid di Jalan Dongsandao. Pada tahun 1862 masihi, masjid itu dipindahkan dan dibina semula di Jalan Changtong, iaitu Masjid Jalan Changtong kini. Sebagai masjid paling besar dalam sejarah, luasnya mencatat 13 ribu meter persegi.

Seni bina masjid itu bercirikan seni bina balairung seri tradisional. Bangunan-bangunan utamanya termasuk ruang sembahyang, menara azan, bilik wuduk, bilik mesyuarat dan bilik imam. Ruang sembahyang luasnya 653 meter persegi dan boleh menampung lebih 500 orang solat berjemaah. Pada masa ini, Persatuan Islam Provinsi Jilin dan Persatuan Islam Bandar Changchun beribu pejabat di masjid tersebut.

Masjid Jalan Changtong merupakan satu-satunya bangunan yang dibina pada zaman Dinasti Qing yang masih ada di bandar Changchun. Masjid itu menjadi warisan budaya kepada umat Islam malah penduduk bukan Islam di bandar tersebut. Masjid itu menunjukkan budaya Islam yang diperkenalkan dari Asia Barat bersebati dengan budaya tradisional China dengan masyarakat China.

Pada tahun 1980-an, Masjid Jalan Changtong disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting oleh kerajaan Provinsi Jilin dan Bandar Changchun.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China