Gunung Lushan di bahagian utara Provinsi Jiangxi China merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Selain pemandangan yang indah, gunung itu juga terdapat warisan budaya China yang berusia beribu-ribu tahun. Gunung Lushan menjadi pusat pendidikan, budaya, politik dan agama. Enam agama termasuk Islam, Buddha, Taoisme, Kristian, Katolik dan Ortodoks sudah lama berakar umbi di gunung tersebut. Pada tahun 1996, Gunung Lushan disenaraikan sebagai warisan budaya dunia.
Masjid Lushan dibina pada tahun 1922. Hasil usaha beberapa orang tokoh Islam termasuk pegawai tentera dan usahawan mengumpulkan derma daripada umat Islam di Provinsi Anhui dan Bandar Beijing. Mereka menggunakan wang derma itu untuk membeli sebuah bangunan yang dua tingkat di Gunung Lushan. Setelah dibaik pulih dan diubah suai, bangunan yang luasnya kira-kira 286 meter persegi itu dijadikan masjid pertama di kawasan Gunung Lushan. Pada 16 April 1947, kebakaran yang dahsyat telah melanda kawasan Gunung Lushan. Masjid itu juga musnah akibat kebakaran itu. Tidak lama kemudian, umat Islam tempatan telah berusaha untuk membina semula masjid tersebut.
Pada tahun 1984, Masjid Lushan disahkan oleh pihak berkuasa Provinsi Jiangxi sebagai tempat aktiviti agama yang terbuka kepada negara asing peringkat provinsi. Kerajaan juga memperuntukkan RMB 40 ribu yuan untuk membaik pulih masjid tersebut.
Pada tahun 1990-an, Masjid Lushan dibaik pulih lagi. Tingkat satunya dijadikan hotel untuk umat Islam dari dalam dan luar negara yang datang melawat Gunung Lushan. Dan tingkat dua kekal menjadi ruang sembahyang. Keuntungan daripada pengelolaan hotel itu membiayai masjid. Pada masa ini, terdapat seorang imam dan dua orang ulama berkhidmat di masjid tersebut. Sebuah kitab suci al-Quran yang dihadiahkan oleh raja Arab Saudi tersimpan di masjid itu. Seramai 130 penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut.
------Andika