Masjid Nanguan, Bandar Anqing Provinsi Anhui
2011-11-10 13:27:00 CRI

Masjid Nanguan di Bandar Anqing, Provinsi Anhui yang dibina pada tahun 1469 Masihi merupakan salah satu daripada 100 masjid yang paling terkenal di China. Masjid itu telah musnah akibat peperangan dan dibina semula pada tahun 1824 hingga 1897 Masihi.

Pada Mei 2000, Persatuan Islam Bandar Anqing memutuskan untuk membaik pulih Masjid Nanguan secara besar-besaran. Jawatankuasa Tetap persatuan itu dan Jawatankuasa Pentadbiran Masjid bertangungjawab terhadap projek membaik pulih tersebut. Dengan bantuan umat Islam tempatan dan pihak berkuasa yang jumlah RMB 800 ribu, Masjid Nanguan telah selesai dibaik pulih pada tahun 2003.

Agama Islam dikembangkan di Bandar Anqing sudah lebih seribu tahun. Pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song, sejumlah saudagar yang beragama Islam dari Asia Barat berhijrah dan berdagang di kawasan tersebut. Pada zaman Dinasti Yuan, sejumlah pegawai dan tentera yang beragama Islam ditempatkan di kawasan Anqing. Pada tahun 1381 Masihi iaitu zaman Dinasti Ming, pasukan tentera yang diketuai oleh Ma Jucheng, komander yang beragama Islam, ditempatkan di kawasan Anqing. Ramai umat Islam turut berhijrah ke kawasan tersebut. Setelah Ma Jucheng bersara pada tahun 1466 Masihi, beliau membina Masjid Nanguan.

Pada 12 Mei 1994, Persidangan Perwakilan Islam Bandar Anqing pertama yang disertai oleh 97 orang wakil diadakan. Sidang itu telah memilih Ahli Jawatankuasa Pertama bagi Persatuan Islam Bandar Anqing. Persatuan itu berperanan penting bagi melindungi hak dan kepentingan umat Islam, mendidik imam, mengadakan pengajian tentang ajaran Islam serta membantu umat Islam mengatasi pelbagai masalah seperti tadika Islam yang menyediakan makanan hala,l dan makam Islam.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China