Masjid Longshengzhuang di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam
2011-11-10 13:27:02 CRI

Pekan Longshengzhuang, Bandar Fengzhen terletak di laluan yang menghubungi bahagian dalaman China dengan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Pada zaman Dinasti Qing(1644-1911 Masihi), kawasan itu menjadi pusat perdagangan antara bahagian selatan dengan utara.

Seiring dengan jumlah umat Islam yang berhijrah ke kawasan Longzhengzhuang semakin ramai, masjid yang pertama telah dibina di kawasan tersebut pada tahun 1751 Masihi. Pada mulaaya, masjid itu amat kecil seperti surau dan mempunyai tiga buah balai sahaja. Seiring dengan jumlah umat Islam kian bertambah, masjid yang kecil itu tidak dapat menampung begitu ramai umat Islam untuk beribadat. Pada tahun 1831 Masihi, umat Islam tempatan mengumpulkan derma untuk membina 13 buah balai lagi termasuk bilik imam, bilik wuduk dan gudang. Pada tahun 1926 Masihi, ruang sembahyang masjid itu diperluas lagi.

Masjid Longshengzhuang bercirikan seni bina tradisional China dan menjadi salah sebuah masjid yang terkenal di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Bangunan masjid itu luasnya 2,700 meter persegi dan ruang sembahyang luasnya 820 meter persegi.

Pada zaman dahulu, seramai lebih 2,000 orang umat Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid itu. Apabila perdagangan di kawasan itu semakin merosot, sejumlah besar penduduk Islam tempatan telah berhijrah ke bandar-bandar yang lain seperti Baotou, Hohhot, Datong, Jining dan Fengzhen. Pada masa ini, hanya terdapat 51 buah keluarga dan 162 orang umat Islam etnik Hui yang tinggal di kawasan tersebut.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China