Masjid Yagshi, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam
2011-11-10 13:27:05 CRI

Umat Islam berhijrah ke Bandar Yagshi, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam hanya selama berpuluh-puluh tahun sahaja. Menurut catatan sejarah, hanya 24 keluarga yang terdiri daripada kira-kira 150 orang umat Islam etnik Hui yang berhijrah ke kawasan tersebut akibat peperangan dan bencana alam. Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani, peladang pindah dan tukang sembelih lembu dan kambing.

Pada tahun 1935 Masihi, penduduk Islam tempatan mengumpulkan dana untuk membina masjid yang pertama di bandar Yagshi. Masjid itu amat kecil dan terdiri daripada tiga buah bilik sahaja iaitu ruang sembahyang, bilik imam dan bilik wuduk.

Selepas tahun 1945 Masihi, jumlah umat Islam yang berhijrah ke Bandar Yagshi semakin bertambah. Mereka tinggal di merata tempat di kawasan hutan Gunung Xing'an Besar. Masjid lama tidak dapat menampung begitu ramai umat Islam untuk beribadat. Pada tahun 1947, imam Masjid Yagshi mengumpulkan sedekah untuk membina masjid baharu. Kawasan masjid baharu luasnya 2,800 meter persegi dan ruang sembahyang luasnya 120 meter persegi. Ketika menyambut Hari Raya Aidilftri dan Hari Raya Korban, umat Islam yang tinggal di merata tempat di kawasan hutan akan berkumpul di Masjid itu untuk menyambut hari kebesaran dan solat berjemaah.

Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Yagshi dipilih oleh umat Islam tempatan. Tempoh perkhidmatan anggota jawatankuasa itu adalah selama tiga tahun. Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan sedekah, harta masjid, projek membaik pulih, menyambut hari kebesaran Islam serta mengundang imam.

Sejak mula dibina, Masjid Yagshi telah banyak kali dibaik pulih dan diperluasdengan bantuan umat Islam dan pihak berkuasa tempatan. Kali terakhir adalah pada tahun 1989 Masihi.

Pada masa ini, seramai lebih 800 keluarga, 4,000 orang umat Islam tinggal secara berkelompok di sekitar Masjid Yagshi.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China