Masjid Jingjue juga disebut sebagai Masjid Sanshanjie merupakan masjid yang paling awal di Bandar Nanjing, Provinsi Jiangsu China.
Masjid itu dibina pada tahun 1392 Masihi dan merupakan masjid yang paling terkenal di pantai bahagian tenggara dan juga disenaraikan sebagai salah satu daripada lapan masjid yang terbesar di China.
Pada tahun 1430 Masihi, Masjid Jingjue telah musnah akibat kebakaran. Atas permintaan Laksamana Cheng Ho sebelum beliau belayar kali ketujuh ke Asia Tenggara, Masjid Jingjue telah dibina semula pada tahun 1492 Masihi. Masjid Jingjue merupakan satu-satunya masjid yang diramalkan oleh maharaja. Selain itu, masjid tersebut merupakan masjid yang terpelihara paling utuh yang berkaitan dengan Laksamana Cheng Ho.
Pada zaman Dinasti Ming, Masjid Jingjue agak besar dan luasnya mencatat sekurang-kurangnya 2.6 hektar. Pada masa ini, masjid itu hanya seluas kira-kira empat ribu meter persegi.
Setelah Republik Rakyat China ditubuhkan, Masjid Jingjue telah empat kali dibaik pulih iaitu tahun 1957, 1982, 1984 dan 2008. Kawasan masjid dibahagikan kepada dua bahagian, dan pintu masjid menghadap ke selatan. Ruang sembahyang bercirikan seni bina balairung seri tradisional Cina, luasnya 348.7 meter persegi dan dapat menampung lebih 400 orang solat berjemaah.
Sejak zaman Dinasti Ming dan Qing, sejumlah besar tokoh dan sarjana Islam yang terkemuka dan memberikan pengaruh yang besar terhadap perkembangan agama Islam di China menjalankan pengajian tentang agama dan menghasilkan karya di Masjid Jingjue.
Pada masa ini, Masjid Jingjue merupakan pusat agama kepada umat Islam di bandar Nanjing dan disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat provinsi. Pada Hari Jumaat, lebih 500 orang umat Islam dari dalam dan luar negara sembahyang Jumaat berjemaah di sini. Ketika hari kebesaran Islam, lebih 5 ribu orang umat Islam berkumpul di masjid itu untuk menyambut hari raya.