Masjid Hantengri, Urumqi, Xinjiang
2011-11-10 13:27:36 CRI

Masjid Hantengri terletak di sebelah utara Jalan Jiefangnanlu, Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Masjid itu dibina pada tahun 1864 Masihi dan telah beberapa kali dibaik pulih dan diperluas pada tahun 1882 dan 1902.

Pada tahun1984, Masjid Hantengri dipindah dan dibina semula di lokasinya pada masa ini. Hantengri yang bermaksudnya "raja di dalam raja" dalam bahasa Mongol ialah nama sebuah puncak yang terkenal di Banjaran Gunung Tianshan.

Pintu Masjid Hantengri menghadap ke timur. Bangunannya megah dan bercirikan seni bina Islam yang agak istimewa.

Bangunan masjid mempunyai empat tingkat iaitu kedai barang-barang kegunaan umat Islam, bilik imam dan pekerja, ruang sembahyang serta bilik kuliah pengajian al-Quran.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China