Masjid Beifang, Urumqi, Xinjiang
2011-11-10 13:27:42 CRI

Masjid Beifang terletak di sebelah utara Jalan Renmin, Bandar Urumqi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China.

Masjid yang dibina pada tahun 1886 Masihi itu luasnya kira-kira 2,500 meter persegi. Pada tahun 1944, Masjid Beifang telah dibina semula. Setelah pihak berkuasa China mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, kerajaan berusaha membaik pulih masjid dan memindahkan syarikat yang menempati masjid tersebut.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China