Masjid Laofang terletak di sebelah selatan Jalan Xinshi, Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China.
Asalnya Masjid itu disebut sebagai Masjid Shaanxi. Pada tahun 1862 Masihi, seorang tokoh menamakan dirinya sebagai "raja Islam" di masjid tersebut, menyebabkan masjid itu ditutup oleh pihak berkuasa pada tahun 1876.
Pada tahun 1877, umat Islam yang berhijrah dari Provinsi Shaanxi ke Xinjiang telah membina semula masjid tersebut. Pada tahun 1906, nama masjid itu diubah menjadi Masjid Laofang Shaanxi dan lebih popular disebut nama ringkasnya, iaitu Masjid Laofang.
Kawasan masjid luasnya kira-kira 1,000 meter persegi dan bangunan-bangunan luasnya 320 meter persegi. Ruang sembahyang boleh menampung lebih 200 orang sembahyang berjemaah.