Masjid Tatar yang dibina oleh penduduk etnik Tatar yang beragama Islam pada tahun 1897 Masihi ini terletak di hujung selatan Jalan Jiefang, Urumqi Wialayah Autonomi Uygur Xinjiang.
Pada tahun 1919, masjid itu dibina semula. Masjid Tatar merupakan pusat agama yang penting bagi penduduk etnik Uygur, Tatar dan Uzbek di bandar Urumqi.
Kawasan masjid ini luasnya lebih tiga ribu meter persegi dan ruang sembahyang luasnya kira-kira 800 meter persegi serta boleh menampung seribu orang solat berjemaah.