Masjid Kuanxiang, Urumqi, Xinjiang
2011-11-10 13:27:57 CRI

Masjid Kuanxiang yang berusia 221 tahun terletak di Jalan Jiefang, Urumqi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Sejak dibina pada tahun 1770 Masihi, masjid itu telah empat kali dibaik pulih. Kali terakhir adalah pada tahun 1934 Masihi. Bangunan masjid pada masa ini mempunyai dua tingkat. Tingkat satu ialah pejabat dan dewan serba guna, tingkat kedua ialah ruang sembahyang.

Bilik wuduk terletak di bahagian timur kawasan masjid. Masjid Kuanxiang menggabungkan seni bina tradisional dengan seni bina yang moden. Bahan binaan masjid itu diambil dari pelbagai kawasan di Xinjiang. Oleh sebab pembinaan masjid itu disertai oleh tukang bina dari kawasan pedalaman, seni binanya bercirikan seni bina tradisional dari kawasan pedalaman China.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China