Masjid Nanda Urumqi, Xinjiang
2011-11-18 14:11:08 CRI

Masjid Nanda yang terletak di pusat Bandar Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China mula dibina pada tahun 1919 Masihi dan telah tiga kali dibaik pulih secara besar-besaran, iaitu awal abad ke-19, tahun 1976 dan 1987.

Kawasan masjid itu luasnya 3,164 meter persegi dan ruang lantainya seluas 464 meter persegi. Ruang sembahyang boleh menampung kira-kira 1,200 orang solat berjemaah.

Pada tahun 1985, Masjid Nanda disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting oleh pihak berkuasa Urumqi. Pada masa ini, terdapat seorang imam yang bertugas di masjid itu.

Kira-kira 1,100 keluarga Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid itu. Terdapat sejumlah besar umat Islam dari kawasan-kawasan yang lain melawat dan beribadat di majid itu tiap-tiap hari.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China