Masjid Xihui, Beijing
2012-03-15 10:50:09 CRI

Masjid Xihui yang dibina pada tahun 1821 Masihi terletak di teping barat Terusan Tonghui, kawasan Guanzhuang daerah Chaoyang Beijing. Masjid itu telah dibaik pulih secara besar-besaran pada tahun 1984 hingga 1999.

Bangunan-bangunan di masjid pada masa ini luasnya 640 meter persegi termasuk bilik wuduk, bilik kuliah, ruang sembahyang dan kantin.

Kemudahan dan suasana di masjid itu amat selesa dan menarik sejumlah besar umat Islam datang untuk beribadat pada tiap-tiap hari.

(Ketika Hari Raya Aidilftri 2009 yang jatuh kepada 21 September, Masjid Xihui mengadakan aktiviti perayaan yang meriah. Jawatankuasa pentadbiran tempatan telah membaik pulih masjid itu lagi. Pegawai pelbagai peringkat turut hadir masjid itu dan mengucapkan selamat hari kepada para umat Islam yang berhimpun. Mereka telah menyumbang wang sejumlah RMB lima ribu kepada imam yang bertugas di masjid tersebut. )

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China