Masjid Dongbaita, Beijing
2012-03-23 10:42:20 CRI

Kampung Dongbaita di pekan Anding, daerah Daxing Beijing merupakan sebuah perkampungan Islam. Kebanyakan daripada lebih 1,300 orang penduduk di kampung itu merupakan umat Islam etnik Hui. Masjid Dongbaita di kampung itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah daerah Daxing. Masjid itu dibina pada tahun 1595 Masihi dan telah dua kali dibina semula, iaitu pada tahun 1698 dan 1944. Kawasan Masjid Dongbaita luasnya 1,800 meter persegi. Bangunan-bangunan di masjid itu luasnya 250 meter persegi dan menggabungkan seni bina tradisional China dan negara barat. Ruang sembahyang yang dibina dengan kayu dan batu bata menghadap ke arah timur. Pada tahun 1986 hingga 1987 dan 2001, umat Islam tempatan telah menyumbangkan sedekah bagi membaik pulih dan memperluas masjid tersebut.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China