Kampung Islam Xueying terletak di daerah Daxing, bahagian selatan Beijing. Kebanyakan penduduk di kampung itu merupakan penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun. Bangunan-bangunan di kampung itu mempunyai seni bina Islam yang amat ketara.
Masjid Xueying yang terletak di pusat kampung itu dibina pada tahun 1574 Masihi. Pokok yang berusia lebih 400 tahun di pekarangan masjid membuktikan sejarah masjid yang begitu lama.
Kawasan Masjid Xueying luasnya 1,500 meter persegi. Bangunan-bangunannya bercirikan seni bina tradisional China. Ruang sembahyang luasnya 250 meter persegi. Tugu peringatan di sebelah utara ruang sembahyang dibina ketika membaik pulih masjid tersebut pada awal abad ke-18.
Pada tahun 1979 hingga 1980, umat Islam tempatan mengumpulkan derma untuk membina 26 buah bilik di sebelah utara dan selatan ruang sembahyang. Pada tahun 1987 pula, ruang sembahyang dibaik pulih secara besar-besaran.
Masjid Xueying kini disenaraikan sebagai peninggalan sejarah daerah Daxing, Beijing.
\