Masjid Yangzha, Beijing
2012-04-05 17:42:14 CRI

Masjid Yangzha terletak di sebelah timur Bulatan Yangzha, daerah Chaoyang Beijing.

Masjid itu dibina pada zaman Dinasti Qing. Pada beberapa tahun dahulu, Masjid Yangzha dibaik pulih secara besar-besaran. Masjid Yangzha yang mempunyai kemudahan dan suasana yang amat selesa menarik sejumlah besar umat Islam tempatan dan kawasan-kawasan yang lain beribadat di sini.

Pada April 1986, Masjid Yangzha disenaraikan sebagai peninggalan sejarah daerah Chaoyang Beijing.

(Masjid Yangzha mengadakan forum patriotik. Pegawai kerajaan tempatan, imam dan pekerja masjid serta umat Islam berkumpul untuk bertukar-tukar pendapat tentang kejayaan pembangunan China. Imam dan pekerja masjid itu menyatakan bahawa pihaknya akan berusaha bersama-sama dengan kerajaan untuk mengembangkan agama, memelihara keharmonian dan perpaduan bangsa.)

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China