Masjid Landianchang, Beijing
2012-04-05 17:51:00 CRI

Masjid Landianchang terletak sejauh dua kilometer dari pintu selatan Taman Summer Palace, bahagian barat laut Beijing. Masjid itu dibina pada zaman Maharaja Wanli (15730- 1620) Dinasti Ming. Sebuah buku kuno yang masih tersimpan di masjid itu telah mencatat sejarah dan asal usul masjid tersebut dalam bahasa Arab dan bahasa Mandarin.

Di masjid itu terdapat pokok sipres yang telah berusia lebih 400 tahun. Kitab al-Quran tulisan tangan di masjid itu adalah dihasilkan pada zaman Maharaja Guangxu (1875-1908) Dinasti Qing dan amat terkenal dalam kalangan umat Islam di Beijing.

Bangunan di masjid itu bercirikan seni bina tradisional China termasuk bilik wuduk, dapur, kantin, ruang sembahyang, ruang sembahyang muslimah, pejabat dan bilik imam.

Pada tahun 1979, Masjid Landianchang disenaraikan sebagai peninggalan sejarah daerah Haidian.

Pada Oktober 2006 hingga 31 Mei 2009, kerajaan tempatan telah memperuntukkan RMB 27 juta untuk membaik pulih masjid itu. Bangunan-bangunan masjid baharu luasnya 700 meter persegi. Ruang sembahyang boleh menampung 200 orang umat Islam solat berjemaah. Selain itu, kerajaan telah membina bangunan yang luasnya 800 meter persegi bagi masjid itu untuk disewakan kepada peniaga dan syarikat yang lain. Wang sewa tersebut menjadi sumber pendapatan masjid.

Masjid Landianchang yang baharu telah memudahkan umat Islam tempatan beribadat serta meningkatkan perpaduan dan keharmonian bangsa dan agama.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China