Masjid Houheyan terletak di kawasan Guanganmen, daerah Xicheng Beijing. Pada tahun 1949, tokoh Islam tempatan yang bernama Yang Hongda mewakafkan tanahnya seluas 885 meter persegi untuk membina masjid. Pedagang Islam dari kawasan Dachang, kawasan Islam di sekitar bandar Beijing yang berdagang di kawasan itu serta umat Islam tempatan telah mengumpulkan derma untuk membina masjid.
Masjid Houheyan telah selesai dibina pada tahun 1952. Bangunan masjid itu menghadap ke selatan. Bilik wuduk terletak di bahagian timur, ruang sembahyang muslimah terletak bahagian selatan dan ruang sembahyang terletak di bahagian utara. Pada tahun 1958, ruang sembahyang muslimah telah digunakan sebagai tadika. Pada tahun 1986, ruang sembahyang itu dipulihkan fungsinya sebagai tempat beribadat.
------Andika