Masjid Haidian terletak di Jalan Suzhou, daerah Haidian Beijing. Masjid itu dibina pada akhir zaman Dinasti Ming (abad ke-17) dan dua kali dibaik pulih pada awal abad ke-19 dan tahun 1936. Pada tahun 1949 pula, seorang umat Islam tempatan mewakafkan rumahnya sebagai ruang sembahyang muslimah.
Pada tahun 1995, Jalan Suzhoujie dibina semula. Kerajaan memperuntukkan RMB700 ribu dan dengan wang derma umat Islam berjumlah RMB 1.1 juta untuk membina masjid yang baharu.
Kawasan masjid baharu luasnya kira-kira dua hektar. Bangunan masjid luasnya 1,535 meter persegi. Ruang sembahyang terletak bahagian barat, manakala, di sebelah kira dan kanannya merupakan bilik imam. Ruang sembahyang muslimah terletak di bahagian barat laut.
Seramai 10 orang pekerja bertugas di masjid itu tiap-tiap hari termasuk tiga orang imam, tiga orang pegawai persatuan Islam tempatan, dua orang akauntan dan dua orang siak. Masjid Haidian mempunyai ruang kedai yang luas. Jumlah wang hasil sewa kedai-kedai tersebut yang mencatat kira-kira RMB sejuta setiap tahun memenuhi keperluan perbelanjaan masjid.
Oleh sebab Masjid Haidian berhampiran dengan "lembah silikon" dan pusat pendidikan Beijing, sejumlah besar umat Islam asing yang bekerja atau melanjutkan pelajaran di kawasan tersebut beribadat di masjid itu pada tiap-tiap hari Jumaat.
------Andika