Masjid Liushizhuang, Beijing
2012-04-20 11:44:13 CRI

Masjid Liushizhuang terletak di kampung Liushizhuang, pekan Yufa daerah Daxing Beijing. Masjid itu dibina pada zaman Maharaja Guangxu (1875-1908) Dinasti Qing dan telah berusia lebih 130 tahun. Satu pertiga daripada lebih dua ribu orang penduduk di kampung Liushizhuang merupakan penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun. Penduduk Islam dan penduduk bukan Islam di kampung itu hidup bersama secara damai dan tolong-menolong.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Masjid Liushizhuang berusaha menyediakan suasana hidup yang harmoni, meningkatkan taraf pentadbiran dan mencapai kejayaan yang cemerlang untuk penduduk tempatan. Oleh sebab kampung itu terletak di kawasan terpencil, tiada bas awam yang melalui kawasan tersebut. Hal ini amat menyusahkan penduduk di kampung tersebut. Imam Ding Yanxin telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan bas awam kepada penduduk di kampung itu. Usaha beliau disanjung tinggi oleh semua penduduk di kampung tersebut.

Ketika mengadakan majlis tilawatil Quran, Masjid Liushizhuang menggalakkan umat Islam tempatan mematuhi syariat Islam dan membangunkan masyarakat yang harmoni. Hasilnya, berpuluh-puluh orang umat Islam di kampung itu telah berhenti merokok, minum arak dan main judi. Mereka selalu membuat kebajikan di masjid secara sukarela.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China