Masjid Xihongmen, Beijing
2012-04-20 11:57:30 CRI

Pekan Xihongmen yang terletak di selatan bandar Beijing. 50 ribu penduduk asal di pekan itu terdiri daripada penduduk etnik Han, Hui dan Manchu. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, ekonomi di pekan itu berkembang pesat.

Pada tahun 1405 Masihi, terdapat adik-beradik Islam yang bernama Chen berhijrah dari Nanjing ke kawasan Xihongmen. Lama-kelamaan, wujud sebuah kampung Islam di kawasan tersebut. Pada tahun 1414 Masihi, umat Islam di kawasan itu membina sebuah masjid di bahagian utara kampung tersebut. yang diperluas pada tahun 1687. Serangan tentera bersekutu lapan negara yang menyerbu Beijing pada tahun 1900 menyebabkan masjid itu musnah. Setahun kemudian, umat Islam tempatan telah membina sebuah masjid yang baharu yang luasnya kira-kira empat ribu meter persegi.

Pada tahun 1985 hingga 1990, masjid itu dibina semula secara besar-besaran. Masjid baharu luasnya 1,500 meter persegi. Ruang sembahyang luasnya 265 meter persegi dan menampung 250 orang solat berjemaah. Pada masa ini, Masjid Xihongmen disenaraikan sebagai peninggalan sejarah daerah Daxing.

Pada masa ini, kira-kira tiga ribu orang umat Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut. Masjid berusaha menyediakan perkhidmatan yang memuaskan bagi majlis perkahwinan dan menguruskan jenazah untuk umat Islam tempatan. Masjid itu juga berusaha meningkatkan perpaduan antara pelbagai etnik di kawasan tersebut.

(Pegawai kerajaan tempatan menziarahi masjid dan menyambut Hari Raya Aidilftri bersama-sama dengan umat Islam di kawasan itu)

(Barang antik yang ditemui ketika menjalankan projek membina semula Masjid Xihongmen)

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China