Masjid Erlizhuang, Beijing
2012-05-03 15:46:27 CRI

Masjid Erlizhuang yang terletak di kawasan Dongzhimenwai, Beijing dibina pada zaman Dinasti Yuan dan telah dibaik pulih pada tahun 1696 Masihi. Pada tahun 1986, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah di daerah Dongcheng. Pada tahun 1992, Masjid Erlizhuang dibina semula dan berkeluasan 1100 meter persegi. Bangunan di masjid itu luasnya 774 meter persegi dan boleh menampung seramai 300 orang umat Islam solat Jumaat di masjid itu.

Oleh sebab masjid itu berhampiran dengan kawasan kedutaan besar, lebih 200 diplomat asing yang menganut agama Islam akan solat berjemaah di masjid itu pada hari kebesaran Islam.

Persatuan Islam Daerah Dongcheng juga menempatkan pejabatnya di Masjid Erlizhuang.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China