Masjid Shijingshan, Beijing
2012-05-03 15:55:55 CRI

Masjid Shijingshan merupakan satu-satunya masjid di daerah Shijingshan, Beijing. Pada zaman dahulu, tiada masjid atau surau di daerah tersebut. Pada awal tahun 1950-an, apabila Syarikat Besi dan Besi Waja Ibu Negara ditubuhkan, semakin ramai umat Islam dari kawasan-kawasan yang lain berhijarah ke daerah Shijingshan dan bekerja di syarikat besi dan besi waja tersebut.

Pada tahun 1953 Masihi, mereka telah membina sebuah surau yang kecil di kawasan tersebut. Pada tahun 1970-an, kerajaan telah membaik pulih Masjid Shijingshan yang telah agak usang itu.

Pada Januari 2000, wakil rakyat mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina semula Masjid Shijingshan. Cadangan itu amat menarik perhatian kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan.

Peruntukan daripada kerajaan sebanyak RMB600 ribu dan sumbangan Syarikat Besi dan Besi Waja Ibu Negara berjumlah RMB600 ribu serta umat Islam tempatan membolehkan masjid yang baharu selesai dibina dalam tempoh 100 hari sahaja dan digunakan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 2000.

Masjid baharu luasnya kira-kira 700 meter persegi. Ruang sembahyang luasnya kira-kira 400 meter persegi. Bangunan masjid itu bercirikan seni bina Asia Barat. Kira-kira empat ribu orang umat Islam di daerah Shijingshan kini mempunyai sebuah masjid dan moden dan cantik.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China