Masjid Shucun, Beijing
2012-05-10 13:19:36 CRI

Masjid Shucun yang telah berusia lebih 300 tahun terletak berhampiran dengan Taman Yihe(Summer Palace), taman diraja yang amat besar dan terkenal di bahagian barat laut bandar Beijing. Pada zaman pemerintahan Maharaja Kangxi (1661-1772 Masihi) dan Yongzheng (1723-1735Masihi) Dinasti Qing, ramai tentera diraja ditempatkan di kawasan itu untuk menjaga keselamatan taman diraja. Lama-kelamaan, kawasan itu menjadi pusat perdagangan.

Sejumlah besar pedagang Islam membuka kedai daging kambing dan batu jed di kawasan tersebut. Mereka telah membina sebuah masjid untuk beribadat. Pada zaman akhir Dinasti Qing, sejumlah besar umat Islam di kawasan Shucun telah berhijrah ke kawasan yang lain. Menurut banci pada tahun 1947, kira-kira 200 orang umat Islam dari 40 keluarga tinggal secara berkelompok di sekitar Masjid Shucun.

Masjid Shucun telah beberapa kali dibaik pulih. Kali terakhir adalah pada tahun 2009 hingga 2011 dengan bantuan kerajaan pelbagai peringkat dan Persatuan Islam Daerah Haidian. Dewan serba guna untuk umat Islam yang luasnya 1,458 meter persegi telah dibina di dalam masjid itu.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China