Masjid Qianmen, Beijing
2012-05-17 10:19:21 CRI

Masjid Qianmen, Beijing dibina pada akhir zaman Dinasti Ming (awal abad ke-16) dan dibaik pulih secara besar-besaran pada tahun 1680 dan 1795.

Masjid yang telah berusia lebih 500 tahun itu dinamakan Masjid Saozhou pada zaman dahulu kerana berhampiran dengan Jalan Saozhou. Pada tahun 2000, nama masjid itu ditukar kepada Masjid Qianmen.

Masjid Qianmen luasnya kira-kira 1,800 meter persegi dan bercirikan seni bina tradisional Beijing. Seramai 2,282 orang umat Islam dari 799 keluarga tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut.

Terdapat sebuah kitab al-Quran tulisan tangan yang dihasilkan oleh umat Islam dari Asia Barat pada zaman dahulu masih tersimpan di masjid tersebut.

Pada beberapa tahun lepas ini, Masjid Qianmen telah menubuhkan tadika untuk kanak-kanak dari keluarga Islam serta restoran menjual sarapan dan kedai daging kambing dan lembu yang halal. Langkah-langkah tersebut memudahkan kehidupan umat Islam di kawasan tersebut.

------Andika

 

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China