Masjid Kangying, Beijing
2012-05-24 10:44:02 CRI

Masjid Kangying yang terletak di mukim Sunhe, daerah Chaoyang Beijing dibina pada tahun 1980-an. Kawasan masjid luasnya kira-kira 1,900 meter persegi, manakala bangunanya seluas 830 meter persegi. Pada tahun 2005, kerajaan tempatan telah menyediakan dana untuk membaik pulih masjid tersebut, terutamanya alat pemanas dan tempat mengambil wuduk. Persatuan Islam Daerah Chaoyang pula menghadiahkan alat penyaman udara kepada masjid tersebut.

Pada 18 Julai 2007, masjid yang baharu telah selesai dibina. Presiden Persatuan Islam China (IAC) yang juga anggota tetap Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Haji Hilalunddin Chen Guangyuan dan pegawai kerajaan tempatan turut menghadiri upacara perasmian masjid baharu.

Masjid Kangying yang baharu bercirikan seni bina Asia Barat. Ruang sembahyang boleh menampung 300 orang solat berjemaah. Masjid itu menyediakan suasana yang selesa bagi umat Islam tempatan dan asing yang tinggal berhampiran dengan daerah tersebut.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China