Masjid Nanyuan, Beijing
2012-05-24 14:55:06 CRI

Masjid Nanyuan terletak di Jalan Chedian, pekan Nanyuan daerah Fengtai di bahagian barat daya Beijing. Pada tahun 1910, Lapangan Terbang Nanyuan, iaitu lapangan terbang yang paling awal di China telah dibina di kawasan tersebut dan menyebabkan ramai saudagar termasuk umat Islam berhijrah ke kawasan itu untuk berdagang. Lama-kelamaan, kawasan petempatan Islam yang kecil wujud di daerah tersebut. Pada tahun 1928, umat Islam tempatan telah membina sebuah masjid dan diperluas pada tahun 1930-an.

Menteri Pertahanan pemerintahan Parti Kuomintang, Bai Chongxi yang beragama Islam telah dua kali menyumbangkan derma bagi projek membaik pulih masjid itu. Pada tahun 1998, Masjid Nanyuan telah sekali lagi dibaik pulih. Kini, kira-kira 1,500 orang umat Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut.

Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Nanyuan berusaha berkhidmat untuk umat Islam tempatan. Pegawai jawatankuasa itu menjadi pengatara antara umat Islam dan kerajaan tempatan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan. Selain itu, masjid tersebut berusaha menyediakan bantuan kepada umat Islam yang hidup susah dan orang kurang upaya. Masjid Nanyuan juga selalu mengadakan pelbagai aktiviti seperti pesta makanan, perayaan Kuih Bulan dan pertandingan teka-teki. Usaha mereka amat berkesan untuk memelihara perpaduan bangsa dan kestabilan masyarakat.

------Andika

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China