Lebih 1,300 orang umat Islam daripada lebih 300 keluarga tinggal di daerah Meitougou, bahagian barat laut bandar raya Beijing. Masjid Chengzi yang terletak di Jalan Chengzi merupakan satu-satunya masjid di daerah tersebut.
Masjid Chengzi dibina pada awal tahun 1950-an dan dibaik pulih pada tahun 1988. Bangunan masjid itu bertingkat tiga. Tingkat satu dan dua merupakan restoran Islam, manakala, tingkat tiga merupakan ruang sembahyang dan bilik imam. Bangunan masjid itu bercirikan seni bina Arab.