Masjid Anheqiao yang terletak di daerah Haidian, bandar raya Beijing dibina pada akhir zaman Dinasti Ming dan telah berusia lebih 300 tahun. Pada awal zaman Dinasti Qing, maharaja Kangxi membina beberapa taman diraja di kawasan tersebut. Umat Islam tempatan juga mempeluas masjid tersebut.
Masjid baharu luasnya lebih 4,000 meter persegi. Peninggalan sejarah yang masih tersimpan di masjid itu menunjukkan keupayaan ekonomi yang tinggi umat Islam tempatan pada zaman itu. Pada tahun 1965, Masjid Anheqiao dipindah ke tempat yang lain kerana projek menggali terusan di tempat berkenaan.
Pada Jun 2002, kerajaan membina semula Masjid Anheqiao di kampung Qinglongqiao. Kawasan masjid baharu luasnya 1,200 meter persegi, manakala bangunan masjid yang bercirikan seni bina tradisional China luasnya 700 meter persegi. Oleh sebab masjid itu berhampiran dengan beberapa destinasi pelancongan yang terkenal seperti Taman Yihe (Summer Palace) dan Gunung Xiangshan, sejumlah pelancong yang beragama Islam dari dalam dan luar negara berkesempatan beribadat di masjid tersebut ketika melawat Beijing.
Sempena Sukan Olimpik 2008 di Beijing, Masjid Anheqiao dipilih sebagai tempat beribadat oleh pelancong Islam dari dalam dan luar negara.
Jawatankuasa pentadbiran Masjid Anheqiao berusaha menyediakan perkhidmatan yang memuaskan kepada umat Islam tempatan dan dari luar. Ketika hari Jumaat musim panas, masjid akan menyediakan buah tembikai dan minuman kacang hijau untuk umat Islam yang bersolat. Ketika hari kebesaran Islam, masjid akan menyediakan jamuan yang agak sedap untuk umat Islam yang datang dari kawasan yang jauh. Selain itu, imam dan pegawai jawatankuasa masjid itu selalu menziarahi warga emas yang beragama. Ketika kawasan yang lain dilanda bencana, Masjid Anheqiao mengumpulkan sumbangan daripada umat Islam untuk mangsa bencana. Selain itu, jawatankuasa pentadbiran masjid dan imam selalu mengadakan aktiviti seperti kelas adat resam etnik Hui sebagai salah satu cara menubuhkan kawasan perumahan Islam yang harmoni.
------Andika