Pesta Makanan Halal China ke-2
2012-06-05 10:37:53 Agensi Berita Xinhua China

Pesta Makanan Hala China ke-2 berlangsung di Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China pada 20 Mei lalu.

Kira-kira 800 syarikat dari enam buah negara dan kawasan serta 10 buah provinsi dan bandar di China menyertai pesta ini yang menyediakan lebih 1,200 buah gerai pameran.

Sempena pesta ini turut diadakan forum, demanstrasi memasak, pertandingan membuat kek Xinjiang, promosi syarikat makanan halal di Xinjiang, pertandingan makanan halal kebangsaan, ekspo makanan Xinjiang, pameran peralatan dapur, dan pameran foto dan lukisan industri makanan dan minuman Xinjiang.

Pertandingan membuat kek Xinjiang merupakan acara yang paling menarik. 180 jenis kek yang dibuat oleh 111 orang peserta dari 14 kawasan di Xinjiang dipamerkan.

Bandar Urmuqi menubuhkan tabung khas pembangunan industri makanan dan minuman dan memperuntukkan RMB 10 juta setiap tahun bagi membantu bandar Urmuqi menjadi bandar makanan halal yang paling terkenal di China.

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China