Masjid Yujiawu, Beijing
2012-06-15 17:01:34 CRI

Mukim Autonomi Etnik Hui Yujiawu yang terletak di bahagian selatan daerah Tongzhou merupakan satu-satunya mukim autonomi Islam di daerah itu serta salah satu daripada lima mukim autonomi Islam di Beijing.

80% daripada lebih 3,400 orang penduduk di mukim itu ialah penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun.

Masjid Yujiawu yang terletak di mukim itu luasnya 4,386 meter persegi dan telah berusia lebih 500 tahun. Masjid itu turut disenaraikan sebagai masjid kedua terbesar di daerah Tongzhou.

Pada September 1985, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah. Pada tahun 1988, umat Islam tempatan menyumbang derma bagi membina pintu gerbang masjid itu.

Pada Ogos tahun 2003, umat Islam tempatan berjaya mengumpulkan RMB1.4 juta untuk membaik pulih masjid tersebut. Masjid Yujiawu yang dilindungi dengan baik amat penting bagi pengajian Islam di daerah tersebut.

------Andika

 

© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China