Masjid Changxindian terletak di pekan Changxindian, bahagian barat daerah Fengtai Beijing. Masjid itu berhampiran dengan lebuh raya di sebelah timur dan pusat membeli-belah di sebelah pintu baratnya. Lebih 500 buah keluarga penduduk Islam tinggal secara berkelompok di sekitar masjid tersebut.
Masjid Changxindian dibina pada tahun 1900. Pada tahun 1984, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah di daerah Fengtai. Setelah China mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, masjid itu telah dibaik pulih dengan sokongan dana kerajaan dan umat Islam tempatan. Masjid Changxindian luasnya lebih 500 meter persegi, bangunan di dalam masjid itu luarnya 380 meter persegi, manakala, ruang sembahyang luasnya 130 meter persegi. Bangunan masjid itu yang dibina dengan batu bata dan kayu bercirikan seni bina tradisional China.
Jawatankuasa Pentadbiran Masjid dan imam berusaha memberikan perkhidmatan yang baik untuk umat Islam. Pihaknya telah mengadakan kursus tentang pengetahuan agama dan dasar kerajaan mengenai agama dan etnik untuk umat Islam. Dengan usaha mereka, jumlah umat Islam yang datang ke masjid untuk beribadat semakin ramai.
Selain itu, masjid juga mengundang pegawai kerajaan untuk memberikan penerangan tentang undang-undang kepada umat Islam. Masjid itu selalu bekerjasama dengan jabatan kawasan perumahan untuk mengadakan aktiviti seperti pesta makanan, malam riang ria dan pertandingan teka-teki bagi mewujudkan suasana yang harmoni.
Masjid Changxindian berhampiran dengan Akademi Kejuruteraan Angkatan Perisai. Terdapat sejumlah pelajar asing yang beragama Islam mengikuti pengajian di akademi tersebut. Pihak masjid berusaha menyediakan perkhidmatan yang memuas beribadat kepada mereka.
(Ketika menyambut Hari Raya Aidilftri pada 31 Ogos 2011, lebih 200 orang umat Islam berkumpul beramai-ramai di Masjid Changxindian untuk menyambut hari raya. Pegawai kerajaan tempatan menziarahi masjid itu dan mengucapkan selamat Hari Raya Aidilftri kepada penduduk yang beragama Islam.)
------Andika