Masjid Majuqiao yang dibina pada zaman Dinasti Ming terletak di kampung Beikou pekan Majuqiao, Beijing.
Masjid yang dibina dengan batu bata dan kayu itu bercirikan seni bina tradisional China. Masjid Majuqiao telah dua kali dibaik pulih iaitu pada zaman Dinasti Qing dan pada beberapa tahun yang lalu.
Al-Quran tulisan tangan lama yang disimpan di ruang sembahyang masjid itu amat bernilai dan terkenal. Pada September 1985, Masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah kerajaan daerah Tongzhou, Beijing.